#7 I'M GONNA BE MORE SERIOUS IN MY LIFE

saat ini , kala ini,
umur aku menjangkau 19 tahun
rasa sekejap jerk masa berlalu
dalam masa 19 tahun nie banyak dah perkara 
aku tempuhi dari alam kanak sehingga lah alam remaja sekarang...

masuk  ke tadika, beralih ke sekolah rendah selama 6 tahun,
melangkah kaki ke sekolah menengah dalam jangka masa 5 tahun,
setahun masa aku diluangkan di asasi
dan kini
aku dah berada di universiti mengambil jurusan ijazah

kadang kala aku lupa semakin hari aku semakin tua
semakin dimamah waktu
namun tetap aku rasa diri aku nie masih budak2
Matang ???
adakah aku matang ???
hurmmmmmm
bila berbicara soal matang nie
bukan mudah sebenarnya
Kenapa aku cakap macam tue ?
 bukan ape kadang2 orang yg dah sudah berusia pun 
tak semestinya dah matang permikirannya
manakala orang muda seperti aku
tidak semestinya masih setahun jagung 
akal fikirannya
tetiba jer aku terfikir tajuk ni..
aku agak tersentap kot
baru tadi aku tengok satu post di facebook sahabat aku
dalam post tue
dia cakap ade sorang sahabat aku yg laen dah bertunang
wahhhhh
terkejut gak aku kot
yg bertunang tue antara kawan yg aku rapat  kat skolah dulu 
 mungkin aku rase sedikit kecik hati lah
lame dah aku tak telepon dia or mcj dia
even borak or chat di fb pon jarang sekali
dengar2 dia dah tunang wah2 maju sahabat aku
sudah berfikiran jauh dalam menentu masa hadapan
tahniah bro..aku salute kau
well nak rase kecik hati tue 
takpe lah mesti dia sibuk kot sampai lupa nak sharekan
perkara gembira nie kat aku
but anyway
aku doakan kau ngan tunang kau sampai ke jinjang pelamin
dan insyaallah bahagia dunia dan akhirat.
tetiba aku terfikir kat diri aku ...
bila lah aku nak fikir masa hadapan aku kan ??
adakah aku tidak matang ???
hurmmmmmm
perkara nie bermain dalam fikiran aku
mungkin aku terlalu alpa dan khayal
sehingga lupa akan masa hadapan aku
YA ALLAH
 ape harus aku buat ??
bercakap soal masa hadapan mesti 
nak kaitkan dengan unsur perkahwinan tol tak ???
ahhaha beselah tu memang antara perkara
yg bermain dalam fikiran budak2 muda sekarang
hurmmmm..
jodoh aku ??
belom lagi aku rase...
usaha mencari tu aku rase ade...
cuma aku lebih utamakan pelajaran
bukan aper
kalau lah aku utamakan soal lain 
pelajaran aku jugak yg tertinggal
sedangkan ape yg ade sekarang pon aku 
tak tercapai nie plak pada masa akan datang
at least aku dah cukup persediaan baru lah aku nak serious
tp setakat persiapan tu mestilah ade kan
ustazah aku dulu pernah pesan
kalau nak kahwin nie
biarlah at least 10 tahun kau dah bersedia
lame sangat ker ???

well aku suka berfikirann positive
dalam tempoh tu insyaallah 
kita mampu menyiapkan diri kita
tp kan 
mesti akan ada yg berkomen mcm nie 
"eh bukan ker kalo ko kawen awal nanti kau tak buat maksiat dah, kau jugak  akan rase berkat yg mana rezeki orang yg berumah tangga nie sentiasa murah "

bg aku
itu suma depends on individual tu sendiri
kalau dia boleh jd macam tue carry on
kalau tak cube cara laen
usaha terburu-buru tak kemane
so just chill je lah
  so from now on 

I should  be more serious i guess...:D
perkara yg baik insyaallah Allah akan tolong..
thus aku kene lah jadi lebih matang and lebih berwawasan
semoga niat aku ini diberkati INSYAALLAH..

ASSALAMUALAIKUM

0 comments:

Powered by Blogger.

Copyright © / jUst My BloG....

Template by : Urang-kurai / powered by :blogger